January 29, 2015

#2 Green Deen - Ibrahim Abdul-Matin



BUMI ITU ADALAH MASJID. Satu ayat ringkas yang biasa didengari dan terlintas di fikiran ramai ialah kita sebagai Muslim boleh bersolat di mana-mana dengan syarat mestilah bersih dan menjaga adab-adabnya yang lain. Menariknya, penulis buku Ibrahim Abdul-Matin cuba membawa pembaca kepada pandangan sisi yang berbeza dengan menceritakankan kisahnya ketika kecil yang biasa bersolat di rumah dan masjid, buat pertama kalinya beliau menunaikan solat di hutan ketika mendaki Bear Mountain.


..my father related a hadith, “Wherever you may be at the time of prayer, you may pray, for it (the Earth) is all a mosque”. At that instant, and I couldn’t have been more than 5 or 6 years old, I understood for the first time: the Earth is a mosque; a mosque is sacred; therefore, the Earth is sacred. That moment…..transformed the way that I would see the world forever.”

            Begitulah tema penting yang cuba disampaikan oleh penulis dalam bukunya yang bertajuk  “Green Deen” ini. Buku ini dipilih untuk dibentangkan dalam sesi Bibliophilia yang mengangkat tema “Alam Sekitar” sekaligus menyambung diskusi dokumentari “Chasing Ice” dalam sesi Filmmania pada minggu yang lalu.

           Hubungan di antara insan-pencipta dan alam yang sakral ini boleh direalisasikan dengan mengikut prinsip-prinsip asas seperti yang telah digariskan dalam buku ini. 6 prinsip ringkas yang boleh dipegang untuk merealisasikan penjagaan dan kelangsungan kemakmuran Bumi kita seperti yang ditekankan oleh pembentang buku, Saudari Nadiah Mat Junoh, pelajar tahun akhir Bioteknologi UIAM Kuantan adalah:

1) Keesaan Allah s.w.t dan makhluk-Nya.

            Pencipta alam ini adalah Allah s.w.t dan Alam ini adalah makhlukNya. Setiap sesuatu di dalam Alam ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan yang menghubungkan dan mengawalnya adalah Allah s.w.t. Berbeza dengan pandangan sekularisme yg memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu yang lain, mereka menganggap Alam ini hanyalah objek dan manusia boleh berbuat apa-apa sesuka hatinya demi kepentingan sendiri.

2) Alam-bumi ini merupakan ayat (tanda) kepada Pencipta

            Selain Kitab Suci Al Quran yang menjadi ayat (tanda), Alam juga turut mempamerkan kekuasaan dan kewujudan Allah s.w.t melalui pelbagai bentuk contohnya pengasingan air tawar dan air masin di muara dan kehebatan terbenamnya matahari. Kita sebagai manusia perlulah belajar daripada Alam untuk memastikan dunia ini dikemudi dengan sebaik mungkin. Peribahasa Melayu banyak diekstrak daripada Alam dan menunjukkan nenek moyang kita sentiasa memerhati dan belajar daripada Alam. Tidak menjaga dunia dengan baik umpama menidakkan tanda-tanda ciptaan Allah s.w.t.

3) Khalifah

             Kita sebagai khalifah yang secara literalnya bermaksud pengganti perlu berperanan untuk menjaga Bumi ini. Kita berasal daripada tanah dan akhirnya akan kembali ke tanah. Persoalan mendalam ditekankan oleh pembentang ialah “Adakah kita sanggup kembali ke dalam tanah (kubur) dengan keadaan tanah yang penuh heavy metal dan sisa-sisa pepejal?”

4) Amanah

Analogi ringkas yang diberikan ialah jika kita diberi amanah untuk menjaga sebuah kenderaan dan dibenarkan untuk menggunakannya, pilihan yg  kita boleh lakukan ialah memulangkannya dalam keadaan rosak dan kotor, atau sama seperti sediakala atau lebih baik lagi iaitu dalam keadaan ianya dibersih dan dicuci.

Jadi, secara tuntasnya adakah kita sebagai hidupan di Bumi ini memulangkannya dalam keadaan rosak, busuk dan kotor?

5) Adil

            Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita melihat kerakusan sistem ekonomi kapitalis yang mengaut segala sumber alam hanya untuk membuat keuntungan materialistik semata-mata. Tanpa memikirkan kesan jangka panjang, sebagai contoh iaitu industri penternakan yang zalim di mana lembu-lembu diternak dengan diberi makan jagung segera berbanding rumput yang merupakan fitrah makanan asasinya. Perut lembu diciptakan dengan empat kompartmen dan mempunyai enzim cellulase yg sesuai untuk mencerna rumput, bukan jagung. Inilah antara contoh kezaliman yang berlaku dalam industri.

6) Mizan (Seimbang)

            Berkait dengan sistem ekonomi kapitalis yang mencengkam majoriti masyarakat dunia sekarang, segala-galanya “hendak cepat dan mudah”.Mengikut asas yang betul, segala perancangan untuk menggunakan tanah contohnya pertanian perlulah mengikut peraturan alam. Sebagai contoh yang baik, prinsip rantaian makanan digunakan untuk mengawal populasi haiwan perosak seperti tikus dengan meletakkan burung hantu sebagai pemangsa. Kini, peranan itu diganti dengan kegunaan racun perosak yang merosakkan tanah!

Apabila 6 prinsip ini dikukuhkan dalam minda pembaca, kita boleh mewujudkan kesedaran dan melancarkan 4 perkara praktikal yang dicadangkan oleh penulis buku iaitu 1)Menyebarluaskan kisah dan kejayaan kita menjaga Bumi 2) Mendidik berkaitan isu alam sekitar dan jalan penyelesaiannya 3) Berhubung dengan komuniti berbeza agama untuk satu tujuan yang sama 4) Mencuba idea baru untuk disesuaikan dengan praktik semasa.

Idea yang dibincangkan oleh Sahabat Massa (SM) ialah berkaitan 2 jenis pendekatan iaitu secara praktikaliti (rawatan) berserta kefahaman yang kukuh (pencegahan). Antara contoh pendekatan yang praktikal yang diterangkan oleh ahli SM, Saudari Sarah Syazwani, pelajar tahun akhir Bioteknologi UIAM ialah kaedah yang dipanggil Phytoremediation di mana tumbuhan digunakan untuk meresap sisa kimia seperti heavy metal yang mencemari tanah dan melalui proses biokimia di mana struktur kimianya sudah berubah sebelum membebaskan gas karbon dioksida. Bioremediaton pula menggunakan hidupan mikrob seperti bakteria untuk mencerna sisa-sisa yang mencemarkan alam sekitar.

Pendekatan yang bersifat mencegah dijelaskan lagi oleh SaudariMeryem Unal, pelajar tahun empat Perubatan UIAM tentang pelaksanaan sistem permaculture (kaedah pertanian dengan mengekalkan kestabilan ekosistem dan mengikut alam setempat) dan penulis artikel sendiri mencadangkan untuk mengamalkan amalan menanam sendiri dan menternak ayam di halaman rumah berdasarkan contoh diamalkan oleh sesetengahpensyarah di sini.

Kedua, sisi pandangan lain yang disentuh dalam konteks UIAM Kuantan oleh Saudari Wan Nur Amni Wan Azmi, Exco Sosial dan Kebajikan MRC Talhah ialah realiti dalam praktikaliti dan kejayaan Green Mahallah Project yang dianjurkan oleh Mahallah Talhah; contohnya kesedaran menggunakan bekas makanan sendiri berbanding polisterine. Cadangan lain diberikan oleh Saudara Lutfi Azmi, Presiden MRC Tabari untuk penambahbaikan “Green Mahallah Project” yang akan datang ialah membudayakan amalan berbasikal dalam kampus kerana mahallah yang akan diduduki nanti lebih dekat dengan kebanyakan kulliyyah, serta kesesuaian untuk melaksanakannya dengan membina suasana baru di mahallah yang baru.

Ketiga, Saudara Syafiq Ramli, Ketua Sahabat Massa menerangkan prinsip syarikat kapitalis untuk sentiasa menghasilkan permintaan yang diperkenalkan oleh Richard Nixon, ialah 1) menghasilkan barang yang cepat rosak atau sekejap fungsinya, 2) menaiktaraf secara sedikit ciri-ciri baru dalam barangan versi baru. Sebagai contohnya Iphone 6 dan Iphone 6S hanyalah sedikit naik tarafnya.

Keempat, Saudara Arif Alwan, pelajar tahun akhir Pergigian UIAM membuka diskusi dalam konteks negara dan isu semasa iaitu pembentangan Akta Nuklear di Dewan Rakyat dalam masa yang terdekat ini dan menekankan mahasiswa untuk mengikuti perkembangannya sama ada kerajaan Malaysia akan menolak akta ini dengan pegangan yang lebih kuat atau mula berlembut dan berkompromi untuk meluluskan akta ini.

Akhir sekali, perbincangan selama 2 jam ini ditutup dengan resolusi di peringkat individu dan umum. Di peringkat individu, penulis memberi 3 perkara ringkas yang boleh diamalkan oleh semua ahli Sahabat Massa iaitu

1)      Mempunyai botol sendiri yang tahan lama, bebas Bisphenol- A (BPA) untuk mengisi air berbanding menggunakan botol baru setiap kali membeli air minuman.
2)      Mempunyai 1 beg membeli-belah sendiri yang boleh dilipat, mudah dibawa kemana sahaja di dalam beg tangan atau poket masing-masing utk kegunaan semasa membeli belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di kedai atau pusat beli belah.
3)      Mempunyai bekas makanan sendri (bebas BPA) yang mudah dibawa dan digunakan untuk mengisi makanan ketika membeli lauk pauk untuk mengurangkan penggunaan polisterine dan beg plastik

Di peringkat umum, pentingnya pertemuan susulan dengan wakil organisasi pelajar UIAM Kuantan (PhytoTech IIUM Club, Mahallah Representative Council (MRC) Tabari dan TalhahSahabatMassa) dan membuat jalinan kerjasama dengan badan-badan NGO luar antaranya Grup Alam Sekitar ABIM (GRASS)Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Customer Association Penang (CAP).

            Akhir kata, saya mengajak pembaca artikel bersama-sama mengamalkan tiga cara praktikal di peringkat individu di atas dan teruskan mendidik diri dengan kefahaman hubungan Alam dan manusia.

* Ditulis oleh Sahel Akmal bin Che Mohd Hazidi, pelajar tahun keempat Jurusan Perubatan (MBBS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM) Kuantan.

dipaparkan di 
http://sahabatmassa.blogspot.com/2014/10/2-green-deen-ibrahim-abdul-matin.html


January 28, 2015

Again

Pendekar PapanKunci




Bangun. Engkau melihat jam Rolex berwarna perak di tanganmu. 8 pagi, detik hatimu sambil mamai mencapai suis Macbook seperti kebiasaan harinya. Baru teringat kau tertidur selepas menonton ‘movie’ semalam. Nawaitu asalmu malam semalam untuk menyiapkan slide-slide seminar ‘Miracle in Cell’ untuk dibentangkan hari ini. Ada lagi sejam sebelum seminar bermula.

Haa sudah, getus hatimu lalu laju mencari fail slide seminar yang pernah dibuat pelajar senior sebelumnya. Terus dgn ajaibnya mengubah design template, warna dan mengoogle gambar2 yang berkaitan dengan sel2 dan keajaibannya. Siap!

Minda separa sedarmu menjerit, Facebook! ‘Syafiq, Sarah and 148 other people like your status’, kau tersenyum. Statusmu yang lantang menolak praktis pakar kesihatan wanita dan pelajar perubatan terdiri daripada golongan lelaki untuk menyambut kelahiran bayi dgn slogan “Kami 100% menghalang mana-mana lelaki menyambut kelahiran!”. Baginya maruah wanita Islam wajib dijaga sampai mati umpama kisah Khalifah terkenal dahulu.

Semakin hari semakin banyak ‘like’ yang kau dapat berkaitan pelbagai isu, daripada isu vaksinasi hingga ke isu MH370 dgn teori-teori genius. Petanda baik baginya umpama tanda-tanda penyelamat umat akan tiba. Dia bergerak pantas untuk mandi dan memulas habis-habisan motor ke Kuliah Sains di ceruk kampus itu.

Petangnya, dia menghempas buku di katil lalu menghengus. Cis, Prof Alwan, banyak pula dia bertanya soalan. Petang itu ditutup dengan sindiran pedas, “Are you prepared well for this seminar? Are you even read?? You seems you don’t have any idea about what you’re presenting. Even the definition itself, you are not clear about it. This is BASIC!” kata Prof Alwan dengan loghat Scottishnya yang melekat 30 tahun di sana. Merah mukanya di hadapan podium. Egonya tercalar. Dia bakal penyelamat umat, mana boleh dimalukan begini di hadapan kawan-kawannya yg beratus orang. Arggh, baik aku layan Facebook.

Tersenyum, makin ramai like status Fb nya semalam, tapi senyumnya tidak panjang. Mukanya panas. Terpaku pada 1 komen Facebook


‘Salam, sebagai pelajar perubatan, pada hemat saya yang masih belajar, dibenarkan untuk pelajar perubatan lelaki belajar tentang sistem reproduksi wanita sebagai asas menjadi doktor perubatan. Ini disokong oleh dalil agama serta maqasid syariah…..”

Argh, apa ni! Isu wanita disambut oleh pelajar perubatan lelaki ini isu logik semata-mata. Haram. Tiada siapa yang benarkan aurat diri mereka dilihat oleh sesiapa. Getus hatimu. Menaip laju berdebat dengan seorang pelajar perubatan dengan nama panggilan Azman Ramli, dengan kata-kata merendahkan pihak lawan, menempelkan segala-gala hujah dan dalil agama yang kau pernah baca dalam sebuah laman sesawang agama, hanya untuk menegakkan hujah mu. Aku mesti menang! Itu azam dan tekad yang kau bulatkan.

Pling!

Bunyi komen balas daripada pelajar perubatan itu. Disertakan fatwa, pandangan alim ulama kontemporari serta pandangan ahli pakar-pakar perubatan.

Argh, budak ni bodoh! Baru belajar perubatan 2-3 tahun, dah berlagak tahu segala-galanya. Pendapat ulama’ boleh jadi salah. Kalau betul, kita kene betulkan. Hujah lawan dengan hujah! Antithesis bak kata Benz Ali.

Laju-laju kau menekan butang ‘Delete’ di ruang komen Azman Ramli melihat makin ramai ‘like’ komen tersebut. “Mudah cerita, ‘block’ terus si Azman Ramli bodoh ini. Ini Wall Fb aku. Aku ada hak!” laju neuron-neuron otak yang menyokong kebebasan bersuara bersambung mencapai konklusi itu.

Melihat di luar tingkap, ternampak rakanmu menampal poster “Sekolah Ekonomi”. Dia ada terbaca di Timeline Fbnya, objektifnya untuk memberi kesedaran pengurusan mikroekonomi dan hal ehwal sosialekonomi Malaysia dengan kenaikan harga minyak, rumah dan isu pendidikan percuma.

Kau pandang dengan ego, rakanmu itu. “Usaha kau sia-sia. Jika nak turunkan harga minyak dan rumah, kita mesti tentang di FB, kita kena buat demonstrasi, kita kena tunjukkan kita lebih ramai dan kuat daripada kerajaan. Kita kena ambil ibrah daripada Mesir! Kerajaan diktator Hosni Mubarak jatuh kerna Facebook, kerna demonstrasi!”

Status baru!

“Sebagai anak muda yang punya potensi menggoncang dunia dengan prinsip kebebasan bersuara, isu- isu semasa seperti harga minyak dan rumah naik perlulah diubah dengan menekan pihak kerajaan melalui demonstrasi seperti apa yang berlaku di Mesir. Kita mesti tunjukkan kita lebih kuat, rak’yot yang menentukan segala-galanya. Jika tiada kesan, kita mesti berani menjatuhkan kerajaan dan kita sebagai rak’yot sendiri mengambil pucuk pimpinan dan menentukan segala polisi!”

Kau merebahkan diri ke katil. Tersenyum puas. Status terakhir sebelum tidur, menamatkan harimu hari ini. Esok, seperti biasa. Kitaran yang sama akan berulang.

Berulang.

Berulang tidak membina diri,negara dan bangsa.

Berulang menghancurkan segala-galanya dengan alasan kita bina semula dari bata yang pertama.

Berulang tiada makna…
Sahel Akmal
29 Oktober



January 17, 2015

Random Post



This is just a random post.

For the past few weeks, there are many life changing events that happened. Well, I guess I can list some :

1. I discover I have deep interest in research and not all research papers can be referred to without critical appraisal first. Out there in medical world, there are thousands research papers conflicting each other regarding just one minut detail.

Coffee good for stroke, coffee is bad for stroke.
How many cups it is significantly reduced the risk of stroke. Some papers say 3-5 times a week, some says you need to drink more than 2 cups a day.

So, how to tell which one is more reliable or not? We need to use critical appraisal method. We must check all the standard procedure, which measurement they used. One cup of coffee in Hashiyama et al study, is it the same with one cup with let say, Robert et al study?

Oh before I forgot, our group just finish 2-hour presentation of Critical Appraisal of the research paper below.


The conclusion : If you want to reduce your risk to get stroke, you can make it a habit to drink more than 1 cup of green tea a day or 4-6 cups of coffee a WEEK.

2. Everyone have their own potential and we need to believe in it.


I'm quite suprised there are some of my friends who never join volunteer work before, volunteered themselves to join for Misi Banjir in Jerantut. Some might say there are a lot of work to be done but at the end, at least they have some exposure to volunteerism and give back to society. They managed to clean a whole surau and bilik wudhu that full of mud in one rural school in Jerantut. I hope, next time, if there are any volunteer work, at least they will think twice before they completely ignored any flyers or posters to join volunteer team.


3. Life changing event :)


In progress, but I hope everything is going to be fine. Just want to say, I'm quite happy and it boosts my self confidence and give back my burning spirit to be my old me.Old me- the young person who want to change a world. The differences is now, I have more experience than before and now, I get back my burning spirit!


4. In medical field, Public Health actually on par or more in term of workload and contribution to the society than one single specialist in specific area for example one Consultant Surgeon. I'm not saying a surgeon didnt give any contribution but if the whole medical personnel work together, it have more synergestic effect than one person expert in everything. Unfortunately, Public Health or Family Medicine seems less important than hospital based clinicians by some of our medical colleague. They are the unsung heroes!

5. I think I feel in love with Public Health. We just finish our roadshow of Ops Dengkur for one week event. The main purpose is to collect data among IIUM Kuantan staff regarding prevalence of high risk Obstructive Sleep Apnea, its associated factors and awareness level. We made up mobile team that comprised medical checkup team and questionnaire team with big promotion using banner, poster, bright colour hundreds of flyers and Facebook Page to achieve our goal. The best part is, Dr Jamal, our supervisor is so inspiring to always remind us, to work as a team and help each other to achieve one goal : to publish our research paper!




6. My best friend just lend me a book title "The Greatest Benefit to Mankind : A Medical History of Humanity From the Antiquity to the Present" by Roy Porter.Currently, I'm reading one interesting topic "From Pasteur to Penicillin" and show me a history how they start to build a foundation of etiology of disease based on bacteriology. Before this, medical personnel didnt know at all the cause of life threatening epidemic diseases like rabies, plague, tuberculosis, small pox etc.

When they found out about certain bacteria causes certain disease, they start to develop live attenuated vaccine by testing it on animal first for animal diseases. Then, progress continue until now.

I want to be like Pasteur who found a way to produce vaccine, Robert Koch that build a strong foundation how to produce vaccine and his pupils continue to develop many types of vaccine for many life threatening disease and Alexander Fleming who found out how to prevent the growth of bacteria and complement the vaccination that only boost our natural immune system.


7. I want to travel! Like before, when i was 20-21 years old. People always say, you have time but no money. I want to get some money just for the sake to travel. Some of my friends want to go to Krabi this February, I will consider myself to join them inshaAllah.

8. I want to write more! Read more! Enjoy the moment instead of rushing everything to achieve this and that. So, here I am, Sahel Akmal is writing back!

p/s: actually, this is just a random post. Tak berniat tulis panjang but tiba2 panjang.



Regular Customers

Click and Die!